Wednesday 24 August 2016

Kisah Chicken Chop Daging

Sekitar jam 9.00 malam disatu hari.Dikunjungi seorang pemuda dalam lingkungan usia awal 20-an.
“ Bang..bang..Chicken chop daging ade tak?saya nak bungkus”
“Chicken chop daging??” saya termangu seketika sambil menggaru kepala yang tak gatal.
“Saya tak nak chicken chop ayam.. nak yang daging “ dia mengulang ayat dalam keadaan tergesa-gesa.Dalam kepala saya fikir chicken tu ayam la.Kenapa dia tak nak ayam pulak.mane ade chicken chop daging.Saya masih diam dalam beberapa ketika sambil meneliti menu dengan muka sedikit berkerut.
“Chicken Chop Daging…”berpusing-pusing dalam fikiran.Saya masih belum dapat menangkap maksudnya.
“Adakan..chicken chop daging?”dia cuba dapatkan kepastian.beberapa detik terlintas difikiran
“Encik maksudkan lamb chop ke?” saya cuba menelah.
“haa..ye la tu..lamb chop.Bungkus eii..”dia tersenyum.

“ooo..lamb chop. Ok2.”Encik duduk dulu saya masukkan order sekarang.
"Saya baru tau kedai chicken chop ada kat sini.smalam tengok dalam fesbuk, tu arini terus datang nak rasa." dia berceloteh panjang menceriakan suasana.
.Lebih kurang 10 minit ordernya siap.Selepas membayar dia mengucapkan terima kasih sambil tersengih dan berlalu bersama 'chicken chop daging' yang dipesan. 
"Chicken chop daging eeii.." saya senyum sendiri.
Salam Sejahtera... Cafe ISAC mula beroperasi seperti biasa selepas bercuti sepanjang Ramadhan dan Syawal.Waktu operasi dari pukul 10.00pagi hingga 10.00 malam.Pelbagai pilihan menu masakan timur dan barat boleh didapati disini. Minuman cendol turut dijual sepanjang waktu operasi.Cendol Asli, Cendol Pulut, Cendol Kacang, Cendol Aiskrim dan Cendol Special.Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Cafe Isac terletak di Jalan Muar berhadapan dengan pejabat UMNO lama.Jika anda dari Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) keluar exit  Tol Tangkak menghala ke pusat bandar.Kira-kira 2km terdapat Stesyen minyak Petronas disebelah kanan.Anda perlu perlahankan kenderaan selepas persimpangan lampu isyarat.Disebelah kiri anda akan lihat Wakil Proton dan sedikit kedepan disebelah kanan adalah Cafe Isac. Dengan identiti warna kedai biru terqois memudahkan anda mencari lokasi Cafe Isac.

Jika memandu dari arah gunung ledang anda akan  melepasi Kolej Komuniti Ledang dan SMK Tun Mamat seterusnya memasuki bandar Tangkak.Teruskan pemanduan sehingga berjumpa Balai Polis Tangkak disebelah kanan.Kedudukan Cafe Isac lebih kurang 300m selepas simpang empat Balai Polis Tangkak. Pandu perlahan melepasi Maybank dan RHB Bank di sebelah kiri.Anda akan dapati Cafe Isac disebelah kiri jalan.

Ruang parking tersedia untuk kemudahan anda.Anda juga boleh membeli kupon parking di Cafe Isac pada harga yang tertera pada kupon.Tiada caj tambahan dikenakan.RM0.60 untuk sejam dan RM0.40 untuk tempoh setengah jam.Caj parking hanya dikenakan bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.Hari ahad dan cuti umum adalah percuma. Selamat datang ke Cafe Isac,